Resume Paper Fosil Pelecypoda
Resume Paper Fosil Tentang Filum
Moluska Kelas Pelechypoda
“Penemuan
bivalvia Daonella pahangensis Kobayashi berusia
Trias Tengah
dari Aring, Kelantan”
Satu spesimen Bivalvia
Daonella pahangensis Kobayashi telah ditemui pada satu singkapan batuan di Lokaliti
QZ467 dalam Formasi Telong di kawasan Aring, Gua Musang. Ini adalah penemuan
pertama spesies tersebut di Kelantan selain yang telah ditemui dan diperihalkan
oleh Kobayashi (1964) di Temerloh, Pahang. Spesies ini tergolong dalam Kumpulan
Daonella sturia-Daonella lommeli yang bersifat endemik dan terhad dalam
rantauan Tethys.Spesies bivalvia ini berasosiasi rapat dengan Posidonia sp. dan
wujud bersama ammonoid Frankites regoledanus (Mojsisovics) yang merupakan
penanda subzonal bagi Subzon Regoledanus yang berusia Ladinian akhir, Trias
Tengah.
Fosil Daonella adalah
biasa didapati dalam batuan sedimen Trias Tengah di Malaysia. Berdasarkan
kewujudannya, Kobayashi (1964) membahagikan strata batuan sedimen kepada dua
zon iaitu zon di sebelah barat meliputi kawasan Kedah hingga ke Perak dan zon
timur yang meliputi kawasan selatan Kelantan, Pahang dan Johor. Daonella dalam
zon di sebelah barat berassosiasi rapat dengan Halobia dan Posidonia. Manakala
Daonella dalam zon di sebelah timur pula dicirikan dengan kehadiran batu pasir
Myophoria dan himpunan ammonoid yang berusia Anisian.
Halobiidae (Bivalvia)
iaitu Daonella dan Halobia adalah bertaburan meluas di lautan Tethys,
Panthalassa dan Artik sepanjang zaman Trias Awal ke Akhir iaitu Anisian hingga
ke Norian. Daonella merupakan pincirian utama terhadap ekologi laut dalam yang
tahan terhadap tekanan tinggi dan persekitaran yang kurang oksigen (Kobayashi
et al., 1966).
Menurut McRobert (2000)
Bivalvia ini adalah kosmopolitan dan sering ditemui dalam fasies syal hitam
dalam persekitaran anoksik atau disoksik. Menurutnya lagi dari segi poligenitik
Halobia mungkin bukanlah taksa semulajadi tetapi adalah polipiletik
(polyphyletic) daripada keturunan Daonella atau posidoniid lain. Menurutnya
juga, Bivalvia Halobia daonellaformis McRobert yang ditemui di British
Columbia, Kanada merupakan spesies peralihan antara Halobia dan Daonella.
Fosil ini ditemui dalam
lapisan batu lumpur kelabu yang sebahagiannya bertuf. Batu lumpur ini berlapis
nipis dan telah termiring, dengan jurus sekitar 340˚-350˚ dan kemiringan
25˚-30˚ ke timurlaut. Kawasan penemuan fosil terletak pada koordinat RSO: QZ
467902 WMR: 536601 yang dirujuk sebagai Lokaliti QZ467.
Fosil Bivalvia Daonella
pahangensis Kobayashi telah ditemui bersama fosil-fosil ammonoid yang berusia
Ladinian akhir iaitu Frankites regoledanus (Mojsisovics), Protrachyceras
costulatum Mansuy, Daxatina sp., Protrachyceras cf. pseudoa-archelaus
Mojsisovics, Anolcites sp., Joannites sp., Clionitites sp., Zestoceras sp. dan
Megaphyllites jarbas Mojsisovics oleh Ahmad Rosli & Mohd Shafeea (2008).
Daonella dapat
dibedakan dengan Halobia melalui perbezaan cuping aurikel anterior. Bagi
Daonella cuping aurikel mempunyai rib yang berpusat pada umbo tetapi Halobia
pula membentuk segi tiga pada cuping aurikel tanpa rib atau tidak mempunyai
cuping aurikel.
Bivalvia Daonella
pahangensis Kobayashi yang sebelum ini hanya ditemui di Temerloh, Pahang turut
ditemui di Kelantan dalam turutan batuan Trias di Lokaliti QZ467, di kawasan
Aring. Berdasarkan assossiasinya dengan fosil penanda subzon iaitu ammonoid
Tethys Frankites regoledanus (Mojsisovics) usia pengenapan batuan enapan marin
laut ini adalah pada usia Ladinian akhir, Trias Tengah.
Komentar
Posting Komentar